maafkanlah SAHABATKU

nak ku hurai..
tatkala kelu melunas rasa..
biar bertali tanda tanya..
akan kaku membisu semua..
tiadakan indah jika tidak bertahta..
tidakkan luntur jika terhina..
maafkanklah..
hamba ALLAH kudus menyembah bumi,
hamba ALLAH ini pasrah menanti..
aku melutut beralaskan permaidani suci berpaksi kiblat-MU..
berwajahkan basah suci wudhuk..
melafaz tegar suatu kalimah..
YA ALLAH...
YA TUHANKU..
MANA SAHABATKU..
MANA SILAPKU..
dingin malam ini,
sayu seluas ciptaan-MU..
mengapa?
kenapa dia yang kau jauhkan dariku?
kenapa???
tika nadi, tika nafas terhembus..
akanku jelas melitup kesal..
terlihat pasti yang benar..
terpancar segunung rasa..
rasa yang merobek jiwa ku..
kini..
kau tiada wahai sahabatku...
jauh pergi..
tiada lagi namamu berlegar dihatiku..
bukan ku membenci..
bukan jua kau membenci
bukan siapa yang menakluki
bukan kita mengakhiri..
namun masa yang mengatasi..
kerna waktu tika berganti..
aku lambat mengisi,
hilang takkan berganti..
sedarku yang tak mampu mengertimu oh..
SAHABATKU.