kata-kata temanku yang buntu membisu,
nak dihitung masa yang berganti,
nak di cari yang bukan fantasi,
nak digenggam takut terlepas,
nak bersabar,hancur berderai,
nak digalas,beban menggunung,
nak bersatu,hati tak jitu,
nak dicari,buntu membisu,
nak diluah,tak siapa tahu,
nak sesuatu,tapi terkedu,
itu lah kata2 yang menggambarkan tentang dia,
insan yang penuh tanda tanya,
insan yang penuh dengan cerita,
bukan tak kena,
tapi hilang entah kemana,
bukan jasad penentu kita,
hati di dalam,penuh derita,
teman,
ku dedikasi kan nukilan ini,
kerna terkenang deritamu,
kerna terbau resahmu,
kerna terkedu tangis menjenguk ruangmu,
ingatlah teman,
manusia semuanya lemah,
tidak akan ada yang bahagia sahaja,
masa derita,ujian dari-NYA,
jangan sekali kau ukir tanya,
menyalah bumi terapung diri,
menyalah diri hitam gelapnya,
usah kau kenag kisah yang lalu,
biarkan sahaja masa mencatu,
bukan kita,kuasa menentu,
berteguh suara,mencaci cita,
lemah bertaut membunuh tika,
ku pujuk dunia,tanya bersama,
mengapa teman,kau buntu menghina,
menyembah bumi,
pedih melara,
sudahla,
bangun semangat,
penuh daya,
ada menanti di hari tiba,
temanku bangun,
segeralah sedia,
menghunus senjata,mengenggam dunia...
biar jelas,nampak dimata,
hanya hati kenal siapa,
jangan malu,bertingkah sahaja,
ada hikmahnya,
kehadiran saudara,
buat pengajaran untuk sesiapa yang
hancur lemah di jiwa,
kau adalah inspirasi,
nukilan ikhlas buat temanku,meor mohd syafiq,
bersabarlah teman,bahagia menantimu,
carilah ia,

2 comments:
hehe
ada gaya laki la ni
ha??kind of blur..with that statement..
Post a Comment