~istilah sayang pada yg disayangi~

Fitrah berkasih,tulisan sejak azali,
pautan rasa membinasa diri..
ucapkan sayang bukan pada yang sudi,
pandang ke belakang mengenali yang menyendiri,
bukan intan mahupun permata,
bukan lautan mahupun luasnya langit,
sayang dipinta..
namun..singgah sebentar ke dalam hati..
mencoret bahagia sayang selalu..
teman,sahabat,mahupun ibu bapa,
kata insan,
sayang biar berpada-pada,
jika tidak,merana kelak..
persetan kata,jiwa berwarna..
sayangi dia,sayangi sahaja,
bukan ucapan,mahupun pemberian.
suatu kata,mengukir makna,
suatu senyuman,menerjah derita,
siang berganti malam,
terubat kasih pada di hati..
rasa yang tegar mengulit sanubari merentas masa mencampah sentiasa penuh beria.
andai masa berganti masa,
akan ku turut rasa jiwa,
namun manusia penuh tnada tanya,
agak rumit berkata2..kerna bukan semua bisa merasa,
biarlah hati mendamba jiwa,
biar mereka berkata sahaja,
yang kuasa akan jatuh jua,
yang lemah pasti bangun membina,
tafsirlah istilah sayang pada yang disayangi,
kerna dia mampu berdiri,
menongkah arus,menjuarai hati..

0 comments: