~titian masa pengatur rasa~

terjenguk sebentar,bertingkah tanda tanya,
mengulik kembali rantaian ku kepada cebisan catatan hiba,
berkarya penuh bermakna,
ingin aku meminjam emosi pada saudara empunya,
safwan husaini untuk memeberi bingkisan pandangan ikhlas dariku,


titian,diutarakan sebagai anak langkah yang diambil dari suatu tahap,
langkahan kecil satu demi satu meniti puncak kepuasan,
di situ datangnya keinginan,
di situ juga datangnya rasa,
membakar niat berserta azam ingin memiliki,


masa,diterjemahakan sebagai waktu yang berputar tanpa henti,
kedepan itu sifatnya,
masa itu emas,
ada yang berkata"alangkah indahnya jika dapat memutar masa kepada yang lampau dan,
ada juga ingin menghentikan masa seketika"
bukan rekaan mahupun mitos belaka,
namun hakikat manusia,
bertulang kata manis,inginkan itu dan ini.
bukan hidup namanya,jika apa yang dihajati tertunai hendaknya,
tidak akan ada yang mudah,


dari itu,diungkapkan kembali..
mengapa,dan kenapa tertanya saudaraku ini seperkara,
harapan,putus tiada bertali..
inginku angkat dan sahut kembali nilai sebuah harapan,
gambaran suatu penyataan,
penuh tanda tanya,
ingin benar aku suarakan sahaja kepadamu saudara,
seperti apa yang diharapkan,
seperti apa yang diingkan..bukan mudah mendapat tempat di hati.
selagi hayat dikandung badan,
takkan luntur ujian dari-NYA,
menggalas erti harapan,
menjenguk titian pasti,
tak usah gentar dan ragu,usaha cuba baik hasilnya.
tidak salah berharap kepada yang tak sudi,
takkan mati kalau beralah,
takkan rugi kalau sakir sedikit
ketahuilah saudara,insan yang berjaya ialah bangun dari kesilapan,
kerna apa,kerna dia tahu silapnya,dan tahu mengubahnya..
dulu,kini,dan selamanya..kita mampu meneruskan kehidupan,
biar mengharap yang tak pasti,
jangan takut tersungkur menyembah bumi..
masa pencatu kita,
menghukum dunia beredar terusan,
taman terindah,taman syurgawi,
membawa duka selami hati,
taman duniawi,pentas sakti,
antara benar atau hakiki,
dalam mimpi mungkin realiti.
redha sahaja sakit tiadakan kukira,
putihnya derita,akan bahagia.
maakan jika ada terkasar tingkah mengundang tanya.


1 comments:

Anonymous said...

penuh bererti,tapi siapa safwan husaini???