saat dan waktu ini,
pagi yang hening memeluk tubuhku..
terasa dingin sangat
seakan semuanya bersamaku..
tapi..
tidak sebenarnya..
titian hidupku kian rapuh..
kiah rapuh dek kaki ini yang melangkah..
satu persatu ku hitung..
ku atur yang termampu..
ku bisa apa yang terdaya..
namun...tinta penaku masih lagi belum bisa berhenti..
langkahan kaki masih berdiri..
segala masih bersatu..
bulan kali ini,
penuh dan bercahaya..
seakan menyingkap isi dunia..
melengkapi saling diperlukan..
namun..
apakan daya..
sahabatku tidak sebenarnya..
ingin sekali aku nyatakan..
aku menantimu wahai sahabatku..
aku amat merinduimu..
mereka bertanya...
di luar sana menjeguk menyapa..
di mana dikau pergi..
aku buntu..
apa sebenarnya semua ini..
apa yang terjadi..
mengapa aku yang dipilih..
mengapa aku yang diperlakukan begini..
tiap nafasku tertanya mana silapku..
mana letaknya aku sahabat..
tinggal beberapa masa sejenak mampu bersama..
mengapa dingin yang kau cari..
di mana kejujuran kau yang dahulu kau ikrar..
di mana kepercayaan bersama yang kau janji..
aku seperti mencari yang tiada di sini..
namun..
jelas di wajah..
aku masih sukar untuk tersenyum..
sahabat..
maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku...
buat sahabatku,
maafkan aku jika aku bukan harapanmu,
maafkan aku jika sekadar ini sahaja yang ku terdaya,
maafkan aku jika segalanya menjauhkan kita selamanya,
maafkan aku jika kata-kataku persis sembilu yang tiada ubatnya,
maafkan aku jika sentuhan tulus ku membuatkan kau terluka binasa,
maafkan aku jika dulu,kini dan selamanya adalah suatu mainan semata-mata.
maafkan aku sahabat,kerna terlalu bergantung pada kehadiranmu yang tidak ku jemu..
maafkan aku...
maafkan aku.....
andai tika ini..
kau dan aku masih begini..
YA ALLAH...
kau lindungilah sahabatku ini..
jika andai tiada bersama..
aku redha..
tangisku..tangis bahagia..
rintihku..rintih bahagia...
peritku...perit bahagia...
namun,
tuk melupkan mu bukan suatu yang bahagia..
bukan sesuatu yang mudah bagiku...
aku sayang pada sahabatku...
nantikanlah aku wahai sahabatku..
tangisku bersemadi bersamaku..
tiada mungkin kau tahu..
tiada mungkin kau mahu...
kau tetap sahabat baik ku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
puitis sungguh.
moga sahabatmu memaafkan kamu..
:)
aik..
insyallah wan..
thanks..
actually sje nk share..
as u mentioned..
kekadang takde pape..
sje2 je nak share mood..
kn??
you got me k(^^)
it's not a promise,
it's a fact.
nicely written btw.
meor..
wut promise..???
huhu...
better be frank..
huhu
Post a Comment