HEY.... its been a while..

there were so many things to be shared..
quite puzzled! a bit dizzy yet unstable.
to make it simple here...
its been a while since I left my  FOUNDATION in TESL course for the past a year.. (great)
at present..  am in KBM MALACCA.. pursuing degree in BUS management.(human resource)
it is new subject to me indeed.. regardless that am not on this track back then.. ive to get with the flow..
THIS is what i want actually.. :D. ALHAMDULILLAH for that..
bla. bla.. bla.. recently ive came across the absolute ambiance or scenario of being a degree student..
one word to resemble everything.. 'HECTIC' which I defined as everything must be on time..
day by day.. yet up till i sat for couple of tests.. accomplishing pile of assignments..
SOMETIME.. i even skip the class... it was done unintentionally.. due to what?
coping with this phase of life precisely study life.. I have to be matured enough... yes! TIME IS GOLD...
not to say am giving up or what.. it is just that the feeling of easily getting bored, seldom feel demotivated..
BUT.. i keep the strength.. boost up the spirit.. speed up the energy to excel and be the best.. even that doubt me much! WHOA!....  long live fiqi.. ciooow!

~Kerinduan~

Dari jauh ku serlah rasaku,
dari jauh ku zahir rinduku..
namun,
sekilas pandangan umpama satu cemuh hina,
hari berganti hari,
masa bersilang waktu..
namun,
tak kunjung tiba..
ada yang tertanya,
ada yang meneka,
dan ada yang lagaknya biasa,
namun,
itulah kita, tidak bersama,
tiada jawabnya,
apa hidup, jika tiada salah,
bukan manusia jika tiada silanya..
jika khilaf ku mencampah bak puncak gunung yang tinggi,
tidakkah kau pandang dedaun rimbun yang mekar subur menhijau di kaki gunung,
kau campak lautan benci,
kau cemuh ciptaan-NYA,
apa besar salahku,
cukup sudah kata-kata,
sukar ku dengar manis persis gula,
namun,
ku tetap berdiri,
tetap ku tatap,
tetap ku resah bila kau tiada,
entah mengapa..
bukan niat ku untuk dibenci,
bukan niat ku untuk membenci,
ketahuilah sedalam dasar,
ikatan kita, tulus murni demi-NYA,
tidak ku hirau tomahan mereka,
ku renjis kesabaran dek batas nian rapuh..
namun,
kau jauhkan segala,
akhirnya,
nyata kian menyemai,
kebenaran jelas mutlak terlihat,
ku bersyukur,
ku bersyukur di atas sebuah kejujuran,
kiranya ia, hanya sementara..
lebih baik kau simpan sahaja rasa salahmu,
kerna apa?
kerna aku tiada bermakna,
tiada berguna,
semua yang ku lakukan hanya sia-sia belaka,
tidak sedikit kau jenguk untuk satu kemaafan,
tidak jua kau hirau santun mu bak lidah bertulang,
namun,
kau pandang ku jijik..
kau rasa ku hina untuk didekati,
bukan malang bagiku mengenali kamu,
tapi, 
malang bagi mu tuk memiliki sahabat sepertiku..
mungkin dirimu terbaca bingkisan sampah ini,
akan kata tidak bernas tu dirasa,


" Kesunyian meluasi segenap relung kalbu, pautan rindu memuncak menggunung, membuai pilu suatu kenangan, meratap pelusuk indahnya, mengapa semua perlu berakhir, dari satu senyuman kepada satu kebencian, apa benar salahku, maafkanlah.. jika benar sampai di sini sahaja tali persaudaraan kita, ku redha... ku sedar mana letak diriku, namun yang pasti.. bukan disisimu tempatku"


apa pun yang terjadi,
ku tetap menyayangimu wahai sahabatku,
tetap dan amat menyayangimu,
TUHAN, dengarlah rasa hamba-Mu ini..
ku rindu...k
lakaran bukan suatu saksi,
hari-hari bukan suatu mimpi,
namun kehilanganmu nyata suatu realiti..




faie and jamie

mungkin di sini aku mampu berkata,
tapi tak mampu merasa,
mungkin jua di sini aku mampu bertanya,
tapi tak mampu meneka,
apa sebenarnya bersarang dalam hati kalian,
terpanggil melakar kata menyusun susun atur rasa bersama,
wahai temanku,faie dan jamie..
maafkan jika ada yang terkurang sahaja..
dalam titian kehidupan,
manusia berdiri dengan sendiri,
manusia berlari mengejar fantasi,
terbuai hingga lupa siapa diri..


faie,
secara zahirnya,
kau nampak tenang,
kau tanya pada aku..
"fiqi,npe suma org tnya ak ok ke tak?''
jawab ak..
you are not faie...
ada benar ada salah, tapi yang jelas tetap mutlak..
mungkin sebab dia,kau begini..
mungkin sebab dia kau dikaburi,
mungkin kerna sayang kau mampu bertahan,
rencah kehidupan,
takkan lari gunung dikejar,
takkan mungkin hitam,hitam selamanya..
takkan mungkin jernih,jernih selamanya.
biasa di dengar, tak peka dengan rasa..
diri kau terasa perit tatkala jadi mainan,
diri kau luluh tatkala, bila diperlukan, kau redha membantu,
namun, manusia mana mampu setanding malaikat,
kesabaran kita punya batasnya,
terikat rapi sebuah rasa,
tertutup semua kunci pada dia..
sahabat,teman,rakan???
semua dikatakan sebagai calikan warna-warni crayon pada hidup kau,
sungguh simbolik dan bermakna,
mungkin yang terbaik buat kau sekarang adalah teman-teman di sekeliling,
segulung ijazah, ibu bapa..kak long??? adik-adik...
dan diri kau sendiri..
kata jamie ada bernasnya,
biarkan si dia memang kunci tersebut,
namun janganlah kau layu dibuai mati..
dirimu tulus, ikhlas, jujur,
namun di balas kecewa..
di cemuh dengan memungkiri sebuah janji...
alangkah hebat manusia ini,
memberi kau segunung harapan,
dan mampu menangkis kau dengan suatu ikatan janji..
pasrah dan redha sebati dalam diri...
ketahuilah faie,
takkan lari kita dengan DIA..
ada hikmah dalam segala,
mungkin baikmu, hanya mainan si dia,
bila perlu, datang menjemput..
bila tidak, tiada yang kunjung tiba,
agak sayu mendengar apa yang terluah,
walaupun sedikit, terasa berkaca,
walaupun kita bukan teman yang rapat,
namun kita tetap sama faie,
ada hati, mampu merasa, dan mampu bersama...
usahlah dikenang pada yang lepas,
mungkin itu suatu kenangan, yang mampu menyinggah sejenak,
namun tak kekal selamnya..
kak long???
kakak..
beratkan tanggungjawabnya...
galaslah sebaik mungkin faie..
kau mampu jadi yang terbaik..
TUHAN maha adil,
hidup takkan begini,
ada puji, ada keji,
yang dihitung bukan mimpi,
namun kudrat sabar yang menanti..
kuatkan semangat faie....
kawan-kawan ramai menanti,
senyuman manis seorang teman,
dibuai merdu suara nyanyian,
ternanti belaian sahabat..
segalanya melengkapi hari-hari kau..
bersyukurlah saudari...
kau terbaik di hati kami..
aku doakan kau selalu...
amin..





jamie,
cinta bukan dimiliki,
namun memiliki,
cinta bukan misteri tapi suatu hakiki,
cinta bukan hanya kata-kata,
tapi terlunas dengan izin-NYA,
kerna yang kekal bukan suatu ikatan,
yang kekal hanya yang-ESA..
cinta begitu jauh dan luas definisinya,
apa yang sama,
tak mungkin bersama,
cinta datang tak perlu di paksa,
kerna bahagia bukan sebenarnya,
kau mampu bertahan dek iman menggunung,
kau mampu tersenyum walau hati menangis,
kerna apa???
kerna itu suatu ibadat..
sabar, sesungguhnya..ALLAH mengangkat kita disisi-Nya,
jika sabar bersemadi jitu menempuh binasa,
terkenang pada cinta seorang teman,
kau lengkap berbahasa menafsir erti cinta,
ingin ku tatap dan dengar suara kecil meraung,
namun tak mampu menyinggah halwa telinga ku..
sabarlah jamie,
cinta bukan akhirannya dengan suatu ikatan.
kau mampu mencinta tapi bukan dia yang merasa,
tapi, ketahuilah jua,
mencinta yang dicintai bukan semudah yang disangka,
mungkin cinta peneman bahagia,
mungkin jua cinta penawar duka,
sejujurnya,
kau cinta padanya.
sungguh kejam dunia,
menghukum masa, menyatu segalanya..
diri dibuai hingga melara.
apa sebenarnya cinta jamie...
lupakanlah apa yang terjadi,
kau mampu berdiri,
kau jua segagah faie,
kau jua setinggi pelangi..
cinta kau mungkin bukan di sini,
menanti dia yang tak pasti,
namun mencintai dia adalah hakiki,
jagalah rasa supaya tak mati.
dalam masa, tika bersama..
kau bahagia, kau derita..
cinta penuh ertinya...
cintailah sesiapa wahai jamie..
asalkan senyuman manis mampu terukir.
kami semua cintakan kau,
usah gentar pada hukum dunia,
jika benar, langkah kaki dengan berani..
insyALLAH, kau mampu bersemi...
amin...





faie dan jamie,
hanya satu tujuan aku letakkan nama korang berdua sebab,
aku garapkan emosi korang berdua,
kerana aku sedang merasanya,
faie,
sahabat memang bermakna,
memnag bahagia jika gerak bersama,
namu bukan mudah untuk disangka,
kerna kita insan biasa,
jamie,
cinta aku tak mampu dipakasa,
aku keliru untuk bersama,
buntunya aku memikir selalu,
kerna tak cukup untuk menyayngi...
biarlah cinta itu suatu yang asli..
itulah sebab aku ingin nyatakan..
aku tenang bila mendengar cerita korang berdua,..
terzahir rasa hampa, sedih, pilu dan sebagainya...
namun, kita hanya mampu berdoa,
mengharap yang terbaik sebagai satu keperluan..


faie,
kunci itu bukan pada dia,
tapi pada kau..
kau yang putuskan,
kau yang tentukan,
kau yang inginkan,


jamie,
usah malu menyata sayang,
usah malu memanggil dia,
walau rasa tiadak berharga,
usahlah tangis hanya di dalam,
jika jujur,
mata mampu berkuasa,


maafkan aku jika ada salah tutur bicara,
biarlah perkenalan kita hingga ke akhir hayat,
walau tak rapat, namun mampu terkikat..
kerna mainan dunia,
kita lah penyerinya...
bersabarlah...............maaf sekali lagi..
hanya ingin berkongsi..
senyum selalu...
ikhlas dari hati..
fiqi!

~superwomen~

~semalam~

semalam,
tika kaki melangkah,
terpaku ku mengaturnya,
semalam,
tika suara syahdu berlegar,
ku terkadu mendegar,
semalam,
tatkala terpandang wajah,
terkesima ku mentap,
semalam jua ku sedar di mana ku berdiri,
semalam jua ku sedar erti sebenar,
semalam melengkap segala,
tiada apa yang mampu bersama,
hanya rentetan menjadi sejarah,
mungkin ini suatu tanda,
tiada duka mahu derita,
semalam penutup bicara,
ku hidu bau yang lama,
semalam,
tidak lagi nyata...

~anugerah terindah~

tirai hari2 kian berubah,
tulang kata, makin berbisa,
antara fantasi mahupun realiti,
dalam taman penuh berisi,
hidupkan tiada mati pun jua,
untuk merasa secebis ihsan,
mungkin ini suatu kebaikan,
dalam lagu nyanyian pilu,
ku persembahkan laungan namanu,
ku amati hadirnya dirimu,
ku redhai pemergian mu,
mungkin ini jalan termampu,
usaikan ku kenang wahai diriku,
dia datang, dia pergi,
akanku simpan suatu memori,
dalam diri yang tiada ganti,
jauh disana,
dekat di sini,
dihitung semula ku garap bahagia,
bukan penyesalan mahupun dendam,
mengenal dikau suatu anugerah..
takkan ku soal,
mengapa,
takkan ku ajukan pertanyaan mengapa,
terbit fajar,
cerna mindaku menutup kenangan,
bukan takut,larikan diri..
hanya mengambil langkah terbaik,
menyusun atur langkah redha,
membiar yang lain merasa,
membiar yang lain bahagia,
akan ku tahu suatu masa,
namamu masih diingatan,
wajahmu masih ku bayang,
dirimu adalah aku sebenarnya,
kau cerminku,
kau cerminku,
terluang masa kita bersama,
cukupkan 2 jam,huh...terlunas rasa,
ku syukuri suatu kejujuran,
melafaz yang putih di hati dengan sahaja..
ku gembira kerna kau mampu bersuara,
alangkah indah berteman saudara yang jernih hatinya,
kini,kau bukan lagi milikku seperti yang meraka katakan,
kau bebas kini, kau bahagia,
namun,
jauh di sudut pandaganku,
ku tatap wajah sayumu,
teman lain tak tahu,namun ku tahu sebenarnya,
ku tahu peritmu,
tak usah kau sembunyi dengan senyuman,
gerak tubuhmu menjawab lautan tanyaku..
apakan daya,
aku hanya mampu berdoa,
demi kebahagiaanmu..
aku sayangkan kau..
mungkin kasih sahabat hanya TUHAN yang tahu,
namun,
catatan ini takkan berhenti di sini,
akanku dedikasikan apa yang ku lihat dalam rentetan perjalanan ini..