~anugerah terindah~

tirai hari2 kian berubah,
tulang kata, makin berbisa,
antara fantasi mahupun realiti,
dalam taman penuh berisi,
hidupkan tiada mati pun jua,
untuk merasa secebis ihsan,
mungkin ini suatu kebaikan,
dalam lagu nyanyian pilu,
ku persembahkan laungan namanu,
ku amati hadirnya dirimu,
ku redhai pemergian mu,
mungkin ini jalan termampu,
usaikan ku kenang wahai diriku,
dia datang, dia pergi,
akanku simpan suatu memori,
dalam diri yang tiada ganti,
jauh disana,
dekat di sini,
dihitung semula ku garap bahagia,
bukan penyesalan mahupun dendam,
mengenal dikau suatu anugerah..
takkan ku soal,
mengapa,
takkan ku ajukan pertanyaan mengapa,
terbit fajar,
cerna mindaku menutup kenangan,
bukan takut,larikan diri..
hanya mengambil langkah terbaik,
menyusun atur langkah redha,
membiar yang lain merasa,
membiar yang lain bahagia,
akan ku tahu suatu masa,
namamu masih diingatan,
wajahmu masih ku bayang,
dirimu adalah aku sebenarnya,
kau cerminku,
kau cerminku,
terluang masa kita bersama,
cukupkan 2 jam,huh...terlunas rasa,
ku syukuri suatu kejujuran,
melafaz yang putih di hati dengan sahaja..
ku gembira kerna kau mampu bersuara,
alangkah indah berteman saudara yang jernih hatinya,
kini,kau bukan lagi milikku seperti yang meraka katakan,
kau bebas kini, kau bahagia,
namun,
jauh di sudut pandaganku,
ku tatap wajah sayumu,
teman lain tak tahu,namun ku tahu sebenarnya,
ku tahu peritmu,
tak usah kau sembunyi dengan senyuman,
gerak tubuhmu menjawab lautan tanyaku..
apakan daya,
aku hanya mampu berdoa,
demi kebahagiaanmu..
aku sayangkan kau..
mungkin kasih sahabat hanya TUHAN yang tahu,
namun,
catatan ini takkan berhenti di sini,
akanku dedikasikan apa yang ku lihat dalam rentetan perjalanan ini..

No comments: