~semalam~

semalam,
tika kaki melangkah,
terpaku ku mengaturnya,
semalam,
tika suara syahdu berlegar,
ku terkadu mendegar,
semalam,
tatkala terpandang wajah,
terkesima ku mentap,
semalam jua ku sedar di mana ku berdiri,
semalam jua ku sedar erti sebenar,
semalam melengkap segala,
tiada apa yang mampu bersama,
hanya rentetan menjadi sejarah,
mungkin ini suatu tanda,
tiada duka mahu derita,
semalam penutup bicara,
ku hidu bau yang lama,
semalam,
tidak lagi nyata...

No comments: